

- Adakah relevan sekiranya kita menyimpan dalam satu skim tabungan yang menawarkan kadar 8% setahun selama sepuluh tahun, sedangkan kadar inflasi meningkat lebih 3 kali ganda dalam masa 10 tahun?
- Bagaimana pula jika kadarnya Cuma 4% setahun?
- Berapa pula kadar caruman KWSP?
- Berapa jumlah yang masih berbaki dari gaji anda yang anda mampu simpan?
- Bagaimana jika gaji anda sekarang dipotong 50% dan hidup pada tahun 2020?
- Berapa pula nilai RM1 juta pada tahun 2020?

Golongan pekerja dan golongan usahawan menyimpan wang mereka atas sebab-sebab yang sangat berbeza. Masalah golongan kaya ialah memikirkan bagaimana caranya mengurus lebihan tunai yang dijana dari aset-asetnya ( kerana biasanya, sebahagian kecil sahaja digunakan untuk keperluan peribadi). Selain dari itu, mereka juga perlu bersedia dengan tuntutan-tuntutan dan komitmen-komitmen luar jangka yang tidak boleh diselesaikan dengan cara menjual aset-aset berkecairan rendah (rumah, tanah, aset-aset tetap dll). Dua faktor ini menyebabkan mereka perlu menyimpan dalam bentuk simpanan tetap, ASB, Mutual Fund, Insuran dan seumpamanya.
Golongan kaya tidak bekerja untuk wang. Sebaliknya, wang yang bekerja untuk mereka. Kekayaan mereka dijana oleh aset-aset yang dibina bertahun-tahun selama ini, bukannya hasil dari simpanan di dalam Bank. Simpanan hanya sekadar persinggahan sementara wang mereka.
Malang bagi golongan pekerja, mereka masih berpegang pada idea menabung untuk menjadi kaya. Tanpa mereka sedari (atau sengaja tidak mahu sedar) wang yang disimpan ini pula yang digunakan oleh golongan kaya untuk membiayai perniagaan. Jurang pengetahuan dan skil yg dimiliki oleh golongan usahawan/kapitalis ini, ditambah dengan faktor nisbah pendapatan golongan usahawan yang lebih produktif, telah menyebabkan pertarungan antara dua golongan ini semakin berat sebelah. Infasi pula telah memburukkan lagi keadaan kerana ia memberikan kesan langsung ke atas pendapatan pengguna. Inflasi mengurangkan jumlah pendapatan sebenar golongan pekerja sedangkan golongan usahawan pula imun terhadap inflasi…....mereka hanya perlu menaikkan harga barang.
Yang Kaya tetap semakin kaya.....





Dr. Philip George Zimbardo dalam syarahannya yang bertajuk 


