(Sedutan dari perbincangan aku dalam sebuah forum maya berkenaan topik keusahawanan)Bro A : Kenapa usahawan muda tidak dibantu dari segi modal (pinjaman) dan latihan. Aku dah 5 tahun meniaga tak pernah dapat tawaran kursus perniagaan ker, survive sendiri sajela jawabnya...Aku : Bro, Selama ngko meniaga ni, ada tak engko buat account, book keeping atau apa2 rekod keluar masuk duit, inventori, overhead etc?Bro A : dulu penah la , lepas 2 tahun tak buat lagi sbb aku malas nak buat pinjaman aku try survive modal sendiriAku : (patut la pun...)
Dr. Philip George Zimbardo dalam syarahannya yang bertajuk The Secret Powers of Time menerangkan, ada 3 golongan manusia yang memilih untuk hidup dalam 6 zon masa yang berbeza. Tingkahlaku mereka bergantung kepada persepsi masa masing-masing iaitu ;- Past Oriented People yang dipengaruhi pengalaman silam samada pahit atau manis,
- Present Oriented People, golongan yang mengejar kenikmatan jangka pendek dan mengelak dari bersusah payah. Mereka adalah kelompok yang percaya bahawa kebajikan dan masa depan seseorang ditentukan oleh sistem tertentu yang diterima pakai oleh masyarakat di mana dia tinggal, bukannya tanggungjawab individu itu sendiri. Ada juga yang percaya bahawa keadaan hidup yang dinikmatinya sekarang ditentukan oleh takdir (jadi, tak perlu lah bersusah payah)
- Future Oriented People pula percaya bahawa masa depan seseorang ditentukan oleh keputusan dan tindakan yang dibuat hari ini. Mereka berpendapat bahawa di dalam zaman Broadband yang serba laju ini, seorang individu perlu dinamik dan proaktif agar seiring dengan perubahan persekitaran yang cepat dan tidak menentu.
Aku sebenarnya tertarik dengan reaksi orang melayu dalam menghadapi sesuatu isu. Tiap kali kita buka satu topik dalam forum maya atau Facebook, berkenaan isu pembuangan bayi misalnya, masyarakat kita akan menuding kepada semua pihak selain dirinya sendiri. Pada mereka, tanggungjawab dan beban mendidik masyarakat terletak pada institusi pendidikan dan kerajaan, maka wajarlah mereka yang dipersalahkan.

Aku teringat Dr. Zimbardo dalam ceramahnya ada menyebut " The closer you are to the equator, the more present oriented you are.."
Serupa juga dengan isu kelemahan ekonomi dan kemiskinan. Orang melayu cenderung untuk menyalahkan dasar ekonomi yang tidak cekap, masalah rasuah, kronisma, kapitalisma dan akhirnya kepada kaum Yahudi yang kononnya menguasai ekonomi dunia. Dalam isu kemiskinan pula, kita selalu menyalahkan kelemahan agensi-agensi tertentu dalam memberikan bantuan, orang kaya rakus yang merebut semua peluang dan yang paling mudah, ketentuan Takdir.
Golongan middle class melayu juga tidak jauh bezanya. Masih lagi percaya kepada security dan memilih untuk menyerahkan urusan kewangan dan masa tuanya kepada syarikat tempat dia bekerja, KWSP, ASB, mutual fund dan kerajaan sendiri.

Golongan peniaga dan usahawan menyalahkan kontrak-kontrak kerajaan yang semakin sukar diperolehi, bayaran lewat, tiada bantuan, tiada
pinjaman kewangan, tiada orang dalam, melayu sendiri tak mau tolong melayu....
..Umat Melayu, Umat Maksum....
No comments:
Post a Comment